Kongsi-Kongsi


Alhamdulillah………

Posted in Mengandung by flakesns on the October 28, 2008
Tags:

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan Nya.

Wife aku mula sakit perut sejak hari Khamis 23 Oct 2008.. hari jumaat dia sakit teruk dan muntah.. tp tak gi klinik.. cuma makan ubat-ubat yang ada… reda la sikit.. pastu hari ini 28 Oct 2008 jam 10am aku dan wife gi klinik kesihatan UTM.. alhamdulillah.. doktor dah sahkan wife aku mengandung hampir sebulan.. setelah hampir 11 bulan kahwin, tidak putus doa dan ikhtiar.. akhirnya Allah murahkan rezki kami.. bersyukur pada Nya.. bermohon pada Allah semoga wife dan anak didalam kandungan dipelihara dan selamat sehingga lahir ke dunia..insyallah..AMIN…

Las Vegas – Autodesk Training Conference

Posted in Las Vegas by flakesns on the October 14, 2008
Tags: ,

waduh waduh… gi Las VegasĀ  la pulak awal December ni.. ade training kat sana..

Autodesk Training & Conference starting from 1st December to 5th December 2008.

So insyallah aku ngan wife aku akan bertolak dr KL 29 Nov ni. Maybe duk kat sana 7 hari. Ni boleh la kira HONEYMOON aku ngan wife pasal sejak kawin tak penah gi cuti mana-mana pun. Paling tinggi pun gi balik Kota Bahru Kelantan ngan Kuala Pilah N.Sembilan hehe…ni pun kira nasib baiklah company sponsor utk training.. cuma kena bayar tiket flight wife aku je.

Tak tau la camne rasanya gi duk kat sana. Tak penah kuar & tak penah naik flight. Ni first time.

Sebelum gi sana kena lak buat passport. Bayar RM300 – valid 5 tahun je!!!!

Pastu kena lak apply VISA.. nak masuk US kena ade VISA. So gi la Alliance Bank bayar RM492 seorang utk processing fee. Pastu kena interview kat US Embassy kat Jln Tun Razak sehari sebelum Raya. 7.40am aku ngan wife dah ada kat gate embassy tu.

Nak masuk kena scan dulu. Hset tak leh bawa masuk. Dah masuk kena la amik nombor dan tunggu giliran. Pastu kena amik fingerprint dan kena la inteview. Mat salleh yang inteview tu tanya la beberapa soalan – apa pasal mau gi US, penah kuar negara ke, keje kat mana, keje buat ape, – inteview kejap je dlm 10-15minit je. Habis inteview di ckp application aku kena amik masa utk process.. Hampeh.. maybe sbb aku Islam so dia mcm tak caye.. tapi nasib baiklah tak lama.. 4 hari pastu embassy call ckp ViSA dah lulus, so then aku anta passport dan esoknya dah boleh amik VISA.

Harap-harap perjalanan kami ni selamat dan lancar la. Risau pun ade, takut pun ade. Kalu ade sesape yg penah gi sana kongsi and bagi la guide sikit ye. Ok nanti aku update lagi.