bercerita bab limau nipis ni, harga boleh tahan. Sebiji lima puluh sen.
kalau sekilo ?
sesapa ada tanah terbiar tu mungkin elok di tanam limau nipis atau limau kasturi.
Limau Nipis mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dibuat Jus. Antara kegunaan lain limau nipis ini ialah;
- Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
- Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
- Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
- Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
- Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam. (rasa fresh)
- Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
- Mengandung Asid Sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.
- Ia juga mengandungi vitamin A.
ps: Terima info ini dari emel <aizi_6290@yahoo.com>. Terima kasih.
Ada sesuatu yang menarik disini -> Click here