Shichida Methods

Posted: April 1, 2010 in Renungan
Tags:

Petua

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni
lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise
sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku
nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu
semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine
yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat
aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff
melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah,
tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak
korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat
kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak
lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi
sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak
mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab
bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami
dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh
die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah
lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna
chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan
otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no
1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat
die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang
lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue
and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg
hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak
kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur
kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan
dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak
sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan
buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan
lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising
bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn
anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara
waktu2 doa dimakbulkan. _

p/s: Saya terima maklumat ini dari emel <atieyluv@gmail.com>. Terima kasih.

Ada sesuatu yang menarik disini -> Click here

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s