Tazkirah 04 Mhrm 32 – PERKATAAN “SALAM”?? apa maksudnya??

Posted: January 21, 2011 in Renungan

RENUNG2KAN
DAN SELAMAT BERAMAL….

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam (selamat
tinggal)”.
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH…

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim
yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam
yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan – “Assalamualaikum”

dan.Jawab salam – “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada Rafie ye” contoh lerr.
Dan bukannya : “Kirim salam kat Rafie yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer”.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum”.

Jangan guna “Bye” kerana”Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di
Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana”A’kum” bermaksud “Binatang”
dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana”Semekom”bermaksud “Celaka
Kamu.”Gunakan perkataan” As Salam” sebagai singkatan bagi”Assalammualaikum.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada
membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Thanks to/ Forward By: <zuemash@gmail.com>

Comments
  1. ceko says:

    pelik jugak sebab pernah dapat email2 mcm ni yang mengatakan bagi salam dengan perkataan ‘Salam’ tak apa… nampaknya kene inbestiget sendiri

  2. flakesns says:

    huhu tu la.. mmg kena inbestiget sendiri…

  3. Faris Anis says:

    Sebagai 1 langkah provokasi, sebagai tanda tidak bersetuju sudilah saya mulakan balasan saya ini dgn ucapan :

    Salam / a’kum,

    Artikel di atas [ Tazkirah – PERKATAAN “SALAM”?? apa maksudnya?? ] bermula dengan ayat Al-Quran dari Surah ke-43 iaitu Al-Zukhruf, ayat ke 89. Di sini saya sediakan 2 terjemahan dari 2 bahasa :

    (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ‘ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! ” (Az-Zukhruf 43:89)

    043.089 But turn away from them, and say “Peace!” But soon shall they know!

    Islam sebagai agama yg sempurna, juga berasal dari perkataan sa-la-ma. Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ”aman” (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya. Jika salam berdasarkan artikel di atas bermaksud selamat tinggal, jadi Islam itu bermaksud agama yang meninggalkan. Tinggalkan apa, hanya penulis artikel asal sahaja yang tahu. Sebagai langkah selamat, eloklah saya membezakan dahulu agama Islam saya berbanding Islam penulis tersebut. Takut-takut penulis merujuk Islam dalam kamus bahasa Hebrew lagi.

    Petikan kedua dari artikel lagi, “Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW……..”. Saya terkejut di sini, memberi salam tidak dibenarkan utk ditulis pendek dalam penulisan, tapi “saall Allāhu ‘alay-hi wa-sallam – / Peace be upon him” boleh ditulis sebagai SAW atau PBUH. Selawat boleh short form pula ya? Bagaimana pula “Subhanahu wa ta’ala” atau SWT ??? Andai kata salam tidak boleh ditulis ringkas dalam penulisan, bagaimana pula dengan panggilan “Mat” ringkasan daripada org bernama Ahmad atau Muhammad. Apa hukum menulis nama MOHD yg merujuk kepada ringkasan nama Muhammad?

    AKUM yang konon-kononnya singkatan kepada Avde Kokhavim U Mazzalot itu dikatakan oleh penulis artikel bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Padahal jika dirujuk kepada mana-mana kamus hebrew, ia bermaksud Hamba-hambar bintang dan planet. Panggilan ini hanyalah dirujuk kepada orang Kristian, bagaimana orang Islam tiba-tiba hendak sensitif? Andai kata nama anda, sungguh cantik maknanya di dalam bahasa Arab, dikatakan mempunyai maksud buruk dalam bahasa lain, contohnya Zulu atau pun Magyar, perlukah anda tukar namanya? Orang Melayu memanggil bapa sebagai ‘abah’ sama seperti orang Yahudi, tidak salah sama sekali.

    Maafkan jika balasan ini sangat kasar untuk dibaca. Namun saya tak rela Islam dipandang sebagai ‘sempit’ dan menyusahkan. Harapan saya agar artikel [PERKATAAN “SALAM”?? apa maksudnya??] perlu dihentikan penyebarannya dan dirujuk kepada golongan Mufti untuk iktibar semua orang.

    Faris Anis

  4. flakesns says:

    tujuan saya meletak artikel berkenaan ‘Salam’ ni mmg untuk kita investigate kebenarannya…
    Saya juga mempunyai pendapat yang sama dengan Faris Anis.. Perkataan salam tu hanyalah satu ‘wording’… jika orang faham SWT merujuk “saall Allāhu ‘alay-hi wa-sallam”.. so mestilah orang faham salam itu merujuk kepada ‘Assalamualaikum’…

  5. flakesns says:

    Pembetulan: SWT –> SAW

  6. […] Tazkirah 04 Mhrm 32 – PERKATAAN “SALAM”?? apa maksudnya?? « Kongsi …21 Jan 2011 … Tazkirah 04 Mhrm 32 – PERKATAAN “SALAM”?? apa maksudnya? … SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? apakah maksud disebaliknya? … […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s