Karangan murid yang mengerikan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas
itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8
kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
dalam
gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

Advertisements

Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut : “kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.

http://kembarasangsufi.blogspot.com/

Lawak Cikgu dan Muridnya

PART I

Che’gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Berahim akan
menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian,
dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti
sedang mengayuh basikal. Che’gu Berahim asyik memerhati seorang
muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan
kakinya. Lalu Che’gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Botak.
“Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah”. “Oh Che’gu Berahim,
basikal saya tengah turun bukit Che’gu, sebab tu saya berhenti.Takkan
nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Botak. lalu Che’gu Berahim pun bertanya,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III

Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek didapur.
Che’gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu
Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar
bab”cara berwudhuk”Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che’gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Botak pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…
Che’gu Berahim: uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas.

Copy from www.malaysiaria.com.my