Kenangan Di Amerika 29 Nov -11 Dis 2008

Salam.

Mungkin sekali seumur hidup je peluang pergi ke Amerika ni. Aku kena join event “Autodesk Conference Training” kat Las Vegas, Nevada dari 2-5 Dis 2008.¬† Kebetulan wife aku baru hamil 1 bulan masa tu. So amik peluang ni sebagai pakej honeymoon jugak hehe.. Kami bertolak dari KLIA pada 29 Nov 2008 dan balik ke Malaysia semula pada 11 Dis 2008. Lebih kurang seminggu la duk sana. Raya Haji pun kat sana huhu..

Perjalanan bermula pada 29 Nov, kami naik China Airlines dari KLIA, kemudian stop kat Taipei Airport. Lebih kurang 4 jam dari KLIA ke Taipei Airport. So kat situ kena tunggu hampir 4 jam utk flight ke Los Angeles (LAX Airport). Nasib baik kat Taipei Airport ni ada surau. Cantik gak surau yg disediakan.

Dari Taipei Airport kami naik China Airline gak ke LAX, dan amik masa lebih kurang 12 jam hooooo. Adus mmg penat. Nasib baik kat seat ada movie/ hiburan/media yg boleh isi masa selain tido.

Sampai LAX airport dah pukul 7 petang. Sana lewat satu hari dari sini. Gelabah gak first time jejak kaki kat sana. Kami amik shuttle bus utk ke hotel. Sebelum nak ke Las Vegas, kami stay kat LA ni 2 mlm, duk kat Hotel Sheraton. Bnyk hotel kat sekeliling LAX ni. Tak mcm KLIA. Jauh. Best udara kat kawasan LAX ni. Mlm tu kami jalan kaki sekitar kawasan hotel LAX. Cuaca agak sejuk, udara nyaman, persekitaran cukup bersih. Orang2 kat sini pun friendly. Rajin tegur. Dan apa yg paling best yg aku rasa susah nak jumpa kat Malaysia ialah sikap hormat pemandu kerete kat sana. Mereka hormat dan beri laluan pada pejalan kaki!!! Interesting Fact!!!. Kami cuma makan roti ngan kerepek ringan je kat sana huhu… Nasib baik gak kami ada bawak mee maggi hehe..

Pictures here–> http://www.flickr.com/photos/36231169@N06/

Advertisements

Las Vegas – Autodesk Training Conference

waduh waduh… gi Las Vegas¬† la pulak awal December ni.. ade training kat sana..

Autodesk Training & Conference starting from 1st December to 5th December 2008.

So insyallah aku ngan wife aku akan bertolak dr KL 29 Nov ni. Maybe duk kat sana 7 hari. Ni boleh la kira HONEYMOON aku ngan wife pasal sejak kawin tak penah gi cuti mana-mana pun. Paling tinggi pun gi balik Kota Bahru Kelantan ngan Kuala Pilah N.Sembilan hehe…ni pun kira nasib baiklah company sponsor utk training.. cuma kena bayar tiket flight wife aku je.

Tak tau la camne rasanya gi duk kat sana. Tak penah kuar & tak penah naik flight. Ni first time.

Sebelum gi sana kena lak buat passport. Bayar RM300 – valid 5 tahun je!!!!

Pastu kena lak apply VISA.. nak masuk US kena ade VISA. So gi la Alliance Bank bayar RM492 seorang utk processing fee. Pastu kena interview kat US Embassy kat Jln Tun Razak sehari sebelum Raya. 7.40am aku ngan wife dah ada kat gate embassy tu.

Nak masuk kena scan dulu. Hset tak leh bawa masuk. Dah masuk kena la amik nombor dan tunggu giliran. Pastu kena amik fingerprint dan kena la inteview. Mat salleh yang inteview tu tanya la beberapa soalan – apa pasal mau gi US, penah kuar negara ke, keje kat mana, keje buat ape, – inteview kejap je dlm 10-15minit je. Habis inteview di ckp application aku kena amik masa utk process.. Hampeh.. maybe sbb aku Islam so dia mcm tak caye.. tapi nasib baiklah tak lama.. 4 hari pastu embassy call ckp ViSA dah lulus, so then aku anta passport dan esoknya dah boleh amik VISA.

Harap-harap perjalanan kami ni selamat dan lancar la. Risau pun ade, takut pun ade. Kalu ade sesape yg penah gi sana kongsi and bagi la guide sikit ye. Ok nanti aku update lagi.